
KUALA LIPIS - Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang. Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur. Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan. “Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya. “Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa,” katanya kepada Sinar Harian. Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu. “Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat.
“Saya tidak sanggup untuk melihat lebih lama mayat mangsa dan bertindak keluar rumah untuk menenteramkan suami mangsa,” katanya. Roslan berkata, kejadian tragis berkenaan pertama kali berlaku di kampung berkenaan dan memberi kesan trauma kepadanya apabila melihat keadaan mayat mangsa. Sementara itu, ibu Ahmad Khairu, Hamidah Hassan, 48, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya tentang kejadian yang menimpa menantunya. “Dahulu kami tinggal di rumah ini tetapi setelah Ahmad Khairu berumah tangga dengan Nornadia, saya bersama suami bersepakat untuk berpindah ke Kelantan, manakala rumah ini dijaga olehnya (Ahmad Khairu). “Ketika mendapat panggilan telefon berkenaan, saya jangka Ahmad Khairu berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya mengatakan bahawa isterinya telah tiada,” katanya. Hamidah berkata, dia sempat bertanya sama ada Nornadia terlibat dalam kemalangan atau tidak tetapi persoalan tersebut tidak dijawab oleh Ahmad Khairu dan hanya mendengar raungan dari telefon. “Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku pada menantu saya tambahan pula mereka baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga. “Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun kami sekeluarga pasrah dengan takdir dan menganggap peristiwa itu sebagai ujian dari ALLAH,” katanya.
Wanita baik
Bagi sepupu kepada Nornadia, Noraini Hayati, 25, berkata, walaupun mereka jarang berjumpa namun arwah disifatkan sebagai seorang yang baik dan pendiam.“Allahyarham merupakan anak bongsu dari enam beradik. Dia juga manja de-ngan keluarga dan bersifat ramah dengan orang yang rapat dengannya.“Saya berharap agar pembunuh kejadian ini dapat ditangkap dengan segera dan nasib Allahyarham dapat dibela,” katanya.
Mangsa dikelar, ditikam
Dalam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut. Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam. “Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang. “Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian,” katanya. Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.
“Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek. “Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya. Abdul Razak berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan orang ramai yang tahu mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. “Kita juga berharap jiran tetangga peka dengan keadaan sekitar dan bersedia membantu sekiranya terdengar jeritan atau bunyi pelik datang dari kawasan kejiranan. “Selain itu, rondaan daripada anggota Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperhebat agar kejadian jenayah dapat dibendung di kawasan masing-masing,” katanya.
CPJ: Bagi pengunjung yang sibuk dengan tugas dan tidak ada kesempatan untuk menyelak akhbar, di sini cpj kongsikan cerita jiran beliau bagaimana pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan ini berlaku. Bayangkan betapa beratnya penderitaan suami dan keluarga mangsa yang terpaksa menghadapi situasi ini. Mereka yang sanggup melakukan perbuatan ini sudah tentu tidak ingat apakah hukumnya bagi perbuatan membunuh dengan kejam seperti ini. Mereka('binatang") tidak peduli tentang hukum yang manusia buat kerana manusia yang buat hukum itu tidak peduli apakah hukum yang Allah suruh laksanakan di muka bumi. Marilah kita bermuhasabah diri.Laksanakanlah hukum yang Allah suruh kita laksanakan...


rasanya kes dendam.. lihat balik apa yg penjenayah tuh lakukakan pada mayat arwah.. ditikam berkali2.. dikelar.. dan di bogelkan tp tidak dirogol (utk mengaibkan mangsa) mungkin disebabkan arwah menolak cinta suspek dan berkahwin dgn org lain.. (ade kemungkinan)
ReplyDeleteada kemungkinan juga begitu, tetapi kalau fikiran waras tidak akan sampai sanggup perlakukan seperti itu.Cpj rasa ada kemungkinan juga mereka ini di bawah pengaruh dadah syabu.Penggunaan syabu kini berleluasa dalam kalangan para remaja terutama remaja melayu/islam.Itulah kejayaan musuh melayu/Islam merosakkan generasi kita supaya kita tidak lahir sebagai bangsa terpilih untuk kembalikan kegemilangan Islam di akhir zaman.
Deletesalam cikgu..sehat cikgu?semoga seluruh keluarga mangsa yg terlibat diberi allah kekuatan..benar sangat kata cikgu,tetapi hukum atau kerja agama ni hanya tertegak kalau kita ada iman.kaya takda iman tak jadi,banyak masa takda iman tak jadi,kuasa takda iman tak jadi,syirik kan allah lagi tak jadi..sekarang ni negara kita bukan org kafir jadi ketua,bahkan org islam lah ketua.tapi kita sama2 takda iman camne agama nak tegak?sebab tu nabi saw dulu buat usaha dakwah(berpesan2 kepada iman)sepanjang hidup,sahabat juga..sampai kat kita,kita cari kuasa sepanjang hidup(baik umno baik pas,termasuklah kita).tidakkah kita tahu yg kuasa@dunia akan berlari mengejar iman..-"kamu selesaikan urusanKU,AKU selesaikan urusanmu"..(urusan kita itu "mencekik@keperluan hidup", urusan allah itu "agama@maksud hidup"..)sekadar berkongsi kalau tak setuju tak mengapa..salam n walahuaklam..moga keluarga mangsa diatas allah pulihkan segera..
ReplyDeleteSalam anon, terima kasih cpj sihat, syukur kepada Allah.Betul kena ada iman, tetapi iman tanpa ilmu akan jadi sesat.Manusia perlukan ilmu.Sebab itu Allah melebihkan Adam dengan ilmu, Allah mengirimkan Jibril mengajarkan Muhammad S.A.W dengan ilmu.Sami Buddha lagi kuat imannya sebab itu dia sanggup menghabiskan usianya dengan beramal dalam kuil, tetapi iman yang dimiliki itu dari ilmu yang salah lalu menjadikan dia sesat.Iman sahaja tidak cukup. Iman mesti dengan ilmu kemudian dituruti dengan amal yang soleh dihiasi dengan taqwa dan disempurnakan dengan jihad.Ini bukan pasal pas atau umno tetapi pasal masing-masing ingat dia betul dan ingat orang lain salah tanpa merujuk Al Quran dan Al hadis sebagai sumber ilmu.Allahuaqlam.
Deletesalam.alhamdulilah..sampai hati cikgu cakap sami budha kuat iman,mustahil ia beriman tapi duduk dalam kuil sampainya hati cikgu...cikgu berani dgn buaya atau hamster takpa cikgu tapi jgn berani dgn ALLAH)..apakah cikgu tidak tahu yg nabi saw itulah "ILMU"?..cikgu,SESUNGGUHNYA KEJAYAAN MANUSIA DAN JIN ITU HANYASANYA ADA DALAM AGAMA ALLAH DGN CARA NABI SAW inilah iman..bukan cara hitler cikgu..beriman itu sudah tentu islam(dapat buat segala yg disuruh dan dilarang,inila taqwa lambang kepada iman)..takda iman atau lemah iman itu apa pula?bila kita buat separuh2@buat campur2@buat sikit2@takdapat buat langsung apa yg allah dan nabi suruh inilah tanda tiada@lemah iman.yakinlah cikgu bahawa NABI SAW itulah "ILMU" cikgu,bukan hang jebat@hangtuah atau hitler..salam n walahuaklam(taqwa tu tinggi sangat,moga2 kita dapat usaha atas iman sehingga masjid penuh dulu,buat kerja tak abis takkan allah nak bagi kejayaan hebat,kita solat pun culas,"masbuk" ok lagi,ini "mabuk" terus dah..tapi miliki "mimpi"2 yg hebat..berdegah2 pula..)
ReplyDeleteSalam cik anon, cik anon tak percaya ye, bahawa ada orang yang beriman tidak seperti Nabi Muhammad S.A.W beriman?Mari kita rujuk Al Quran:Surah Al Baqarah ayat 137.
Deleteفَإِنۡ ءَامَنُواْ بِمِثۡلِ مَآ ءَامَنتُم بِهِۦ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا هُمۡ فِى شِقَاقٍ۬ۖ فَسَيَكۡفِيڪَهُمُ ٱللَّهُۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (١٣٧)
ertinya:
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (137)
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada cpj, anon dan sahabat-sahabat anon tu...selalulah rujuk kepada Al Quran, kerana dialah sumber ilmu...Allahuaqlam.
salam..tapi yg mana satu allah SUKA cikgu???yelah takpelah saya lah yg salah..(pada fikir cikgu).saya baru nak belajar saja,sebagai langkah pertama - SAYA BELAJAR "ANGKAT" ALLAH DAN NABI SAW DALAM KATA2..(USAHA PALING RINGAN DAN LEMAH)..bukanlah saya ini org yg bijak,malah cikgulah lebih bijak dari saya..anggaplah saya cume nak memeriahkan blog cikgu saja k..jgn amek hati dgn kehadiran komen2 saya ye cikgu..salam n walahuaklam...amin..
Delete..sesungguhnya kejayaan manusia dan jin HANYASANYA ada dalam agama allah.. dgn cara rasulullah...LAILAHAILLALLAH MUHAMAD RASULULLAH....
ReplyDeleteSalam ... harap roh kawanku ini dicucuri rahmat ... semua yang berlaku kehendak Allah ... Semua bakal terjawab ... InsyaAllah, moga suami nya tabah ,, Mat ! aku sntiasa doakan ko .. dan arwah , ditempatkan org yg beriman ... doakan ye semua kawan2 , AL FATIHAH !
ReplyDelete