Pelacur Asia Barat intai Malaysia sebagai sasaran baru
KUALA LUMPUR - Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka. "Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. "Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. - Bernama
DULU
CPJ: DULU, para pendakwah dari Asia Barat/Timur tengah datang ke Semenanjung Tanah Melayu (Kerajaan Melaka ikut sejarah) menyebarkan agama Islam sambil berdagang, sehingga tiada seorang Melayu pun yang tidak menerima Islam sebagai anutan mereka.
KINI

(maaf terpaksa letak gambar lucah - nak tunjuk betapa seriusnya hanya dengan gambar saja boleh rosak iman kita...belum tengok yang betul2 lagi...)
KINI, para pelacur dari Asia Barat/Timur Tengah dan seluruh dunia datang ke Malaysia untuk merosakkan para remaja, pemuda dan orang dewasa Islam supaya tiada seorang lelaki Melayu Muslim pun yang boleh terlepas daripada fitnah kelucahan seksual yang dipromosikan melalui para pelacur dan SELAMANYA, kita orang Islam tidak akan selamat selagi kita tidak mengambil Islam sebagai cara hidup dan Islam sebagai sumber hukum dan perundangan.
SELAMANYA?
Jangan kita sesekali lupa akan sumpah syaitan ini : Seperti yang di Firmankan oleh Allah dalam Al Quran:
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّہُمۡ أَجۡمَعِينَ (٣٩)
maksudnya
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Surah Al Hijr Ayat 39.
bersama-samalah kita memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat daripada syaitan yang direjam.


:) Dalam maknanya tu CPJ. Apa pun rasanya teman faham apa tersirat di sebalik yang tersurat.
ReplyDeleteSalam...terima kasih hanz kerana anda faham, tetapi masih ramai yang tidak faham.Tetapi jangan salah faham dah lah...hehe...
Deletesalam..bahaya rupanya apabila dakwah ditinggalkan..
ReplyDeletepatutla masa nabi disampaikan TAWARAN dan AMARAN Org kafir dgn tujuan nabi berenti buat dakwah nabi jawab begini..-
"andai matahari diletek pada tgn kiriku,bulan diletak di tgn kananku sesekali aku takkan tgglkn PEKERJAAN (dakwah) ini.."
nabi sambung lagi..
"biarpun aku akan HANCUR kerananya(dakwah)
......serius tu bunyinya.tawaran dia hebat2,sampaikan nabi nak jadi raja pun dia org boleh bagi..kalau nabi jadi raja patutnya lagi senang tegakkan agama kan?LOGIKnya mcm tu la,tapi ALLAH tidak bergantung pada LOGIK,bahkan LOGIK lah yg bergantung pada ALLAH...kita mampu angkat selimut subuh bukan pasal siapa jadi raja@ketua kita,tapi ada iman ke takda...sebab tu nabi pilih dakwah(berpesan2 kepada iman)..
kita pun berdakwah juga,tapi cara kita la..sama la mcm kita solat.
berdakwah kepada muslim yg telah jauh dari agama adalah sgt di sukai allah..
salam n walahuaklam.
Salam... terima kasih anon atas komen. Ikut logik cpj, salah kalau kata dakwah ditinggalkan, kerana kita bertuah kerana antara bangsa dalam dunia yang banyak pendakwah yang melakukan pelbagai kaedah dalam dakwah mereka(tidak perlu sebut).Ikut logik cpj juga, salah kalau kata Raja(kerajaan tidak ada peranan yang boleh mengawal, menghalang malah menghapuskan sama sekali kegiatan maksiat dalam negara, kerana kerajaan yang 'berkuasa'. Ikut logik cpj juga, Nabi S.A.W memang tidak patut dan tidak layak menjadi raja, kerana pangkat dan kedudukan sebagai Nabi, Rasul dan Kekasih Allah adalah Kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah. Apalah raja berbanding dengan Rasul Kekasih Allah? Tidak logikkah itu? Ikut logik juga, kalau sekadar jadi raja tetapi menjadi alat pemimpin Qurais dan kena tunduk kepada mereka, apalah maknanya raja...Tidak logikkah itu?
DeleteWahai saudara, jangan ketepikan logik, jangan menghina logik, logik adalah anugerah Allah juga. Walaupun logik tidak boleh disamakan dengan Islam, tetapi Islam itu memang logik.Tidak ada satupun ajaran Islam yang tidak logik, cuma logik pemikiran manusia itu ada batasannya.Sebab itu manusia kata oh, itu tidak logik.
Saudaraku, kalau kita ahli Salafi memang tidak perlu sangat pakai pemikiran logik, kerana terus dari Nabi atau sahabat. Tetapi zaman yang telah jauh ini, kita sebagai ahli khalafi kenalah guna aqal yang Allah bagi tu sebagai satu keistimewaan untuk manusia...tetapi tetap pula berpandukan Al Quran dan As Sunnah...ye kawan...Allahuaqlam.