GEORGETOWN: Polis menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan tempat persembunyian sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) di Jalan Persiaran Gurney, di sini dan menahan lapan wanita rakyat asing, Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Ahmad Baktiar Kassim, berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu kondominium berkenaan pada jam 5 petang. "Semasa serbuan lapan wanita terbabit bertindak menyembunyikan diri di dalam bilik kondominium berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, semua wanita yang ditahan itu berusia antara 20 dan 30 tahun dan dipercayai mereka bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan mewah di sini. Ahmad Bakhtiar berkata, siasatan awal mendapati dua daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala yang lain masuk ke negara ini menggunakan pas perjalanan sosial.
CPJ: Cpj sungguh kagum dengan kegigihan anggota cawangan D7 menjalankan tugas mereka saban hari saban malam.Ketika orang lain sedang dilamun mimpi, anggota cawangan ini pula bergelut dengan tugas berat menghadapi kerenah maksiat, perjudian dan kongsi gelap. Cpj faham benar tugas anggota cawangan ini, kebetulan abang cpj pun salah seorang pegawai dalam cawangan ini. Saban hari kita mendengar pusat-pusat judi, pelbagai jenis pelacuran dan maksiat, GRO anak tempatan dan warga asing yang di serbu dan ditangkap, tetapi tidak pula pernah dengar apa pula yang berlaku selepas mereka diserbu, ditangkap, dibawa ke balai polis dan diambil kenyataan mereka?Kalau sekadar tangkap lepas, tangkap lepas, tangkap lepas, tugas cawangan D7 nampak macam sia-sia dan cuma nakin hari bertambah rumit.Persoalannya setakat mana undang-undang ada yang sedang berkuat kuasa berkesan membanteras maksiat, perjudian dan kongsi gelap?Tidak usah lagi mempertikaikan kesungguhan anggota cawangan D7 kerana kita tahu bahawa mereka sudah menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan semua orang tahu akan perkara ini.


Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.
ReplyDeletedepa main wayang kulit
Bagus untuk pencerahan minda. Selama sejarah dirakam di dada akhabar perdana & media am saban hari kita disaji kesungguhan anggota keselamatan kita menunaikan tanggungjawab mereka. Tahniah buat mereka.
ReplyDeleteMalangnya kita yang telah hidup membesar dengan filem Hollywood, Bollywood telah pun terheret dalam "budaya" menelan bulat-bulat maklumat yang tersaji di depan mata kasar kita. Mata hati sesetengah kita terus buta tidak juga memahami mengapa gejala kurang sihat tidak juga berkurang setelah operasi benteras, cantas, serbuan demi serbuan, tangkapan demi tangkapan D7, D('em all) semua tu... Adakah ini semua hanya lakonan? Tidak oleh anggota yang ikhlas menjalankan tugasnya.
Ini semua (masalah, gejala dalam negara adalah akibat kes "mati pucuk". Pucuk di atas yang tinggi sana tu gayat, goyang gamaknya. Pihak atasan setiap jabatan PDRM, Kastam sedia maklum puncanya adalah kerana ada antara merekalah yang suka makan keliling & cari lubang "duit haram" untuk mengejar nimat dunia yang serba "memukau" ini. Anggota bawahan hanya mengikut arus. Mereka tidaklah sangat perlu kita salahkan. Boleh makan depa tumpang makan semangkuk. Ada yang tak makan bersuap tapi malangnya mereka pula diugut, dihina, ditukarkan, dll?
Undang-2 termaktub sudah malangnya tidak sampai ke punca akar umbinya. Ilmu & amalan soleh hasil tunduk kepada tuntutan Islam untuk mewarnai nilai kehidupan kenegaraan orang atasan sehingga terserlah keindahan, sentosa dalam masyarakat.
Cantas sikit bukan saja akan tumbuh tunas lagi tapi cabangnya akan jadi lebih besar & kuat. Menjadi-jadi la. Patut kasi mati terus. Mungkin