KUANTAN: Seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu ditemui mati dibunuh di rumahnya di Kg Chemang, Lipis. Mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui berlumuran darah di ruang dapur rumahnya dengan beberapa kesan tikaman di badan serta kesan kelar di leher. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa ditemui suaminya kira-kira 5.40 petang semalam ketika ia pulang ke rumah. "Hasil bedah siasat, mangsa didapati tidak dirogol atau disamun," kata Abdul Razak ketika dihubungi di sini hari ini. Ini berdasarkan siasatan awal yang menunjukkan barang kemas mangsa tidak dilarikan. Beliau berkata pihak polis menahan empat lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan kes itu. "Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Bernama
CPJ : Apalah maksud kejadiaan begini semakin menjadi-jadi, belum lagi dapat tangkap pengelar leher anak gadis berketurunan India di Johor, muncul lagi pengelar leher isteri orang berketurunan Melayu di Pahang pulak. Ada ke kemungkinan pengelar leher di Johor tu sudah sampai ke Pahang? Atau masih ada ramai pengelar leher di tiap-tiap buah negeri. Cpj nasihatkan diri sendiri dan pembaca blog cpj ini bahawa, berhati-hati dan berwaspadalah pada setiap masa sama ada di dalam rumah atau di mana sahaja. Berdoalah kepada Yang Maha Berkuasa supaya kita dan keluarga kita di lindungi dari penjenayah-penjanayah yang berkeliaran di seluruh negara...apa nak buat, itu sahaja yang kita mampu buat...jangan berputus harapan...


Jenayah kejam tanpa perikemanusiaan sebegini @ (dengan izin DiPertua blog ini.. ;) ) disebut juga sebagai 'cold-blooded murder' dirakam sebagai lumrah dalam mana-2 masyarakat haiwan di rimba raya. Sekurang-kurangnya modus operandi & mila fide nya tampak sama & serupa. Motif agak condong kepada beberapa faktor: Aktiviti kongsi gelap? Balas dendam? Ugutan? Kutip hutang? Rogol? Samun?
ReplyDeleteEntah la Cpj. Malaun macam ni, pada perseptif kita, mereka tak layak hidup lagi di bumi Allah s.w.t. ni, bukan? Hukumlah mereka jika ketemu & sabit salah. Jika lolos, semoga Allah berikan mereka bertemu erti keinsafan & pulang ke pangkuan jalan-Nya yg benar, jadilah mereka insan & hambaNya semula! Amin!
Teman belum tua lagi hanz, lama jer...terima kasih kerana istilah tu.PPSMI dah di tukar kepada MBMMBI hehe...oklah tu.Memang malaun tu binatang@syaitan berupa manusia.Agaknya peringatan Allah supaya negara ini melaksanakan hukum Allah.Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas rohnya.Alfatihah.
Delete