Salam satu dunia!...
Sekiranya syaitan diibaratkan singa, kerana sifatnya membaham mangsa,
Manusia pula diibaratkan kerbau kerana menjadi mangsa,
Kerbau selamat sekiranya bersama kekawanan kerana singa juga
ada sifat takutnya...
Manusia pula selamat sekiranya berjamaah kerana syaitan takut kepada Tuhannya, hati-hati manusia dalam jamaah menjadi satu, menegakkan kesatuan Ilahi...
Malangnya seekor kerbau sekiranya dia terpisah dari kekawanannya...
Kerana dia terdedah kepada pemangsanya kekawanan singa...
Malangnya dia kerana mudah dibaham singa yang lapar lagi dahaga.
Individu manusia sekiranya tidak berjamaah atau terpisah dari jamaah ataupun
sengaja dipisahkan,
Betapa malangnya dia, kerana dia terdedah dengan kekawanan syaitan yang memang
sentiasa mencari mangsanya...jadilah dia,
Individu malang dibaham syaitan!
Jangan kamu jadi seperti ini!
Ayuh, bersamalah jamaah...walaupun kamu dipisahkan
Ayuh, bersamalah jamaah...walaupun kamu dipisahkan
satukan hati...
Dalam kesatuan Ilahi,
Nescaya syaitan, tiada tempat mengisi,
ruang-ruang kosong dalam hati sanubari
Wahai kawan, jangan kamu membangga diri, kerana banga diri itu
Sifat Tuhanmu...
Tidak layak bagimu meminjam sifat Tuhanmu itu...
Sebab itu mudah bagi syaitan membaham dirimu,
kerana kamu tepisah dari kekawananmu...
Syaitan dilaknat kerana sifat bangganya kepada dirinya...
Kalaupun kamu meminjam sifat syaitan,
kamu tetap akan dilaknat oleh Tuhanmu...
Kembalilah, kembalilah, kembalilah...
Diam bagi kamu adalah lebih mulia
sekiranya kamu mengetahui.
-CPJ-
(untuk profesor-profesor dr kawan ku)


Meninggallkan jemaah atas dasar hawa nafsu, amarah dan kebencian, hati yang berbolak balik,namun jemaah dan khalayak bukannya bodoh untuk menilai mana satu intan mana satu kaca, katanya,susah juga ye, manusia yang tertipu dgn kepandaian pinjaman walaupun hingga ke peringkat PHD, namun pemikiran dan perbuatan seumpama air di longkang, mengalir,namun tiada yang sudi meminumnya, sekadar mendekati tapi dari jauh
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu.,saya mohon share post ini di blog saya ye., salam perkenalan.,
ReplyDelete-Alahai~
Tersangat rendah atau hampir saja kontang nilai apa ada pada suatu pangkat kebesaran untuk ilmu seorang Prof atau alim ulamak sekalipun, tanpa berserta dengannya sifat terpuji - ikhlas hati & berakhlak mulia sentiasa & juga keberkesanan usaha kerjanya untuk manfaat semua umat terutama dalam jemaahnya.
ReplyDeleteKepentingan jemaah (organisasi, umat@ orang lain) didahulukan (sebelum kepentingan diri), selain pencapaian jemaah diutamakan (selagi mana pencapaian diri mengikut syarie) !!!