JOHOR BAHARU: Seorang lelaki mati ditetak beberapa jam selepas dia membantu menyelamatkan mangsa kebakaran di sebuah flat di Taman Ungku Tun Aminah di sini awal hari ini. Tang Nyuk Yeow, 44, yang bekerja sendiri, ditetak di sebuah restoran mamak berdekatan dengan flat tersebut di Jalan Perkasa 3 di sini pada pukul 1.20 pagi. Difahamkan, Tang yang tinggal di blok 47, telah pergi dari rumah ke rumah untuk memberitahu penduduk blok 48 bahawa flat mereka sedang terbakar. Ketua polis daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan berkata, semasa kejadian, mangsa sedang menikmati minuman bersama rakan-rakannya di restoran itu apabila sekumpulan lelaki menaiki dua motosikal mendatangi lalu menetaknya.
"Mangsa diserang oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut dengan menggunakan parang di leher, lengan dan bahagian badannya," kata Ruslan. Mangsa cuba untuk melarikan diri namun gagal selepas ditetak berulang kali sebelum rebah dan mati di depan kaunter juruwang restoran itu. Mayat mangsa dihantar ke Sultanah Aminah Hospital di sini. Penyerang terbabit yang tidak menggunakan topeng muka tidak mengapa-apakan rakan mangsa. Siasatan awal bagaimanapun mendapati kamera rakaman litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan tidak berfungsi semasa kejadian. "Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan motif disebabkan dendam," katanya. Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212-999 atau balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian berasingan, Seorang wanita cedera apabila ditembak dalam cubaan untuk menyamun kereta Toyota Camry keluarganya di Jalan Landak, Taman Abad di sini awal hari ini. Kejadian pada pukul 1.10 pagi itu menyebabkan Lim Sui Kim, 62, cedera di paha kanan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini. Lim yang ditemui di hospital itu hari ini berkata empat lelaki, dua daripadanya bertopeng, memecahkan kunci pagar untuk memasuki kawasan rumah teres setingkat mereka dan meminta suami saya menyerahkan kunci kereta. "Tapi suami saya kata kunci itu telah dibawa oleh anak lelaki saya yang bekerja di Singapura dan melihat keadaan itu, saya yang berada di dalam bilik terus menghubungi polis," katanya
Beliau berkata tindakannya itu disedari lelaki-lelaki terbabit dan seorang daripada mereka memasuki bilik itu lalu melepaskan tembakan yang menembusi paha kanannya. Mereka kemudian melarikan diri bersama beg duit mangsa yang mengandungi sedikit wang tunai dan kad pengenalan. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob yang ditemui di tempat kejadian berkata siasatan awal polis menemui sebatang besi kuku kambing yang dipercayai diguna untuk memecahkan kunci pintu pagar rumah mangsa. Beliau berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk memburu penjenayah terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline 07-221 2999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
CPJ: Kadang-kadang cpj terfikir, apakah hak individu mempertahankan diri daripada penjenayah mengikut undang-undang, sedangkan seseorang tidak dibenarkan memiliki dan menyimpan senjata pada dirinya @ syarat pemilikan yang sangat ketat. Siapakah yang akan melindungi diri seseorang daripada penjenayah yang bersenjata?Oleh kerana pemilikan senjata dalam kalangan penjenayah sudah tidak terkawal lagi, undang-undang pemilikan senjata api berlesen mungkin perlu dikaji semula, supaya bukan orang jahat atau penjenayah saja yang ada senjata tetapi orang baik juga ada hak untuk mempertahankan diri mereka. Mungkin dengan cara ini, penjenayahpun takut dengan sewenang-wenangnya untuk melakukan jenayah.


Cadangan cpj itu betul tapi lebih betul kita ubah kerajaan dulu dan jalankan Hukum HUDUD di Malaysia..InsyaAllah.
ReplyDeleteOrang awam boleh sebenarnya memiliki senjata api. Tapi banyak cabang untuk ditempuhi. Kalau tauke ladang atau kontraktor yang berurusan dengan wang yang banyak ada kemungkinan besar dia boleh dapat lesen senjata api. Ada borang kena diisi & ditapis permohanan. Semua bawah kawalan pihak berkuasa. Boleh pergi balai polis berhampiran untuk maklumat lanjut. Pastu boleh Cpj beli sepucuk pistol klasik .45 Colt revolver atau senapang gerila Kalashnikov AK-47 Assault Rifle..haha... jangan tembak sebarang, sudah la!
ReplyDelete