
TIGA suspek kes pembunuhan Rozana Mohd. Yusak direman seminggu bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Selayang, semalam. - IHSAN China Press.
KUALA LUMPUR - Misteri pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditikam sebanyak 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jaya, Kepong dekat sini minggu lalu, terungkai apabila polis menahan tiga lelaki petang semalam.Dua daripada suspek masing-masing berusia 19 tahun ditahan di sekitar Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek yang berusia 22 tahun ditahan di Kampung Datuk Keramat.Polis hari ini mendapat perintah untuk menahan reman ketiga-tiga suspek selama seminggu bagi membantu siasatan pembunuhan kejam itu, di Mahkamah Majistret Selayang hari ini.Semua suspek dibawa ke mahkamah pukul 10.30 pagi ini untuk ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, polis menemui pisau panjang buatan sendiri dan pisau dapur daripada suspek, dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, selain sebuah komputer riba milik mangsa daripada suspek berusia 22 tahun. Rozana, 35, ditemui berlumuran darah dengan lebih 15 kesan tikaman di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong pada 21 Disember lalu. Sementara itu, sumber memberitahu penahanan dua suspek belasan tahun itu, salah seorangnya teman rapat mangsa membawa kepada cerita sebenar di sebalik pembunuhan kejam wanita itu. Dipercayai, pembunuhan itu bermotifkan samun apabila ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi milik mangsa.
Ketiga kejadian, dua daripada suspek termasuk teman rapat mangsa naik ke rumah kedai tersebut manakala seorang rakannya berusia 19 tahun menunggu di bawah. "Dipercayai, teman rapat mangsa ingin mengambil wang dan komputer riba milik mangsa untuk dijual kepada lelaki yang berusia 22 tahun. "Mereka berdua memasuki rumah itu secara senyap-senyap dan bercadang mengambil komputer riba berkenaan ketika mangsa sedang tidur," katanya.Bagaimanapun, difahamkan, mangsa menyedari kehadiran suspek dan bertindak menghalang perbuatan kedua-dua mereka. "Berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek sehingga menjadikan keadaan bertambah tegang. Dalam keadaan kelam kabut itu, mangsa ditikam bertubi-tubi sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," jelas sumber berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, enggan mengulas mengenai penangkapan ketiga-tiga suspek sebaliknya memberitahu, satu sidang akhbar akan diadakan esok.
Cpj: Apabila kes-kes jenayah seperti ini yang berlaku saban hari melibatkan remaja kita(yang kita jumpa setiap hari) yang bukan tergolong daripada penjenayah profesional, bolehkah lagi ibu bapa, masyarakat, pihak berkuasa dan kerajaan melihat dan mendengar begitu saja tanpa sebarang perasaan berat dan mahu dengan serius berbuat sesuatu yang boleh membendung perkara ini dari terus menjadi satu perkara biasa? Kes seperti ini menunjukkan betapa gawatnya permasalahan remaja yang mesti ditangani dengan serius oleh semua pihak. Kita tahu apa punca-punca yang menyebabkan berlaku perkara ini, tetapi kita tidak berbuat apa-apa dengan serius untuk membendungnya.Aduhhhh!!! apakah bala ini menimpa bangsa ku yang telah jauh menyimpang dari ajaran agama. semua pihak pentingkan duit, harta, kemewahan hidup, kuasa tanpa lagi memberi penekanan berat terhadap iman dan taqwa. Wahai Tuhan, Tolonglah bangsa kami yang sudah gawat ini....


Masyaallah, sejujurnya pandangan peribadi saya yg jg seorg pendidik, faktor utama pd kegawatan remaja kita kini ialah didikan IBU BAPA. faktanya, di sekolah, pelajar2 yg terbaik akhlaknya ialah pelajar2 yg ibu bapanya prihatin dgn didikan akhlak. Pelajar2 yg bermasalah di sekolah ialah yg ibu bapa mereka kurang atau tidak langsung mempedulikan anak2 mereka. AMACAM?
ReplyDeleteBenarlah pendapat cikgu itu tetapi ada juga anak yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa boleh berdikari dan menjadi remaja yang baik dan ada yang sebaliknya bagaimana pulak ye?Walaubagaimanapun ibu bapalah punca nombor 1 cpj setuju.
ReplyDelete