KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis susulan cubaan menyamun seorang wanita di hadapan sebuah bank di Wangsa Maju di sini semalam, dipercayai saki baki kumpulan Geng Mamak."Daripada gambaran yang diberikan saksi, kami melihat kepada beberapa suspek dari sindiket yang sama," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menerusi sistem pesanan ringkas, hari ini. Ku berkata kedua-dua mereka, dan seorang lagi yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu, dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes samun bank dan jenayah lain di Selangor. "Dalam 15 kes samun itu, kita percaya anggaran kerugian melibatkan kira-kira RM1.1 juta," katanya.
Polis dalam pada itu sedang menjejaki lelaki yang melarikan diri dan dipercayai cedera dalam kejadian itu. "Hasil keterangan saksi, kita percaya suspek itu turut cedera terkena tembakan polis semalam. Dia juga dilihat melarikan diri bersama senjata api yang digunakan untuk berbalas tembakan dengan polis," katanya. Sementara itu, Ku berkata suspek lelaki berumur 35 tahun yang mati ditembak dalam kejadian tersebut mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan samun dan curi "Pada hari ini baru kita dapat pengesahan bahawa lelaki itu mempunyai lima rekod lampau. Semalam, kita mengesahkan rakannya berumur 45 tahun mempunyai rekod lampau atas kesalahan yang sama serta dikehendaki dalam lima kes di ibu negara dan Kelantan," katanya.
Ku berkata polis turut mengesahkan kad pengenalan yang ditemui pada kedua-dua suspek adalah milik mereka sendiri dan kereta itu pula didaftarkan atas nama orang lain. Kejadian pukul 2.50 petang itu berlaku selepas polis menerima laporan satu kejadian samun di hadapan bank berkenaan dan menghantar kereta peronda yang berjaya mengesan serta mengejar kereta Proton Putra yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju di kawasan tersebut. Suspek dikatakan melancarkan tembakan ke arah polis sebelum memaksa pasukan anggota keselamatan membalas tembakan. Kereta yang mereka naiki kemudian terbabas dan melanggar sebuah kereta lain di Jalan Madrasah, berhampiran Stesen LRT Putra Taman Melati, tidak jauh dari lokasi berbalas tembak dengan polis. Polis yang tiba di lokasi itu mendapati dua lelaki yang duduk di tempat pemandu dan kerusi penumpang di sebelahnya mati.
CPJ: Mudah benar untuk penjenayah memiliki senjata api di Malaysia masa kini. Kawalan sempadan di pintu masuk ke Malaysia mestilah diperketatkan di samping itu anggota tentera yang tidak lagi perlu berperang dengan komunis seperti dulu perlu dikerahkan untuk mengawal keseluruhan sempadan pantai dan kawasan hutan di utara Tanah Air termasuk Sabah dan Serawak.Kawalan anti penyeludupan ini penting untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan. Peningkatan kadar jenayah bersenjata api, penyalahgunaan dadah, penggunaan barangan yang diseludup masuk(tanpa cukai) yang berleluasa akan mempengaruhi kemakmuran dan keselamatan negara.


Salam CPJ. Peranan ATM terutamanya Tentera Darat sudah disesuaikan dgn keadaan semasa negara. Unit briged sempadan dah ditubuhkan mohon semak di sini, http://www.malaysiakini.com/news/148318. Salah satu kejayaan unit tersebut, di sini, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pertahankedaulatannegara/Article/print_html.
ReplyDeletePerlu diingat bahawa terdapat limitasi tugasan antara ATM, PDRM dan penguatkuasa yg lain.
Sekadar berkongsi. Terima kasih cikgu.
budak boy
Salam GDH. Terima kasih atas perkongsian yang baik ini.Tahniah kepada ATM dan PDRM.Kita tidak nafi peranan dan kejayaan mereka dalam menangani beberapa kes, tetapi terlalu banyak kes-kes yang ghaib. Penguatkuasaan dapat dipertingkatkan lagi dengan menstrukturkan semula sistem pertahanan dan keselamatan negara.Tidak patut timbul konflik peranan antara ATM dan PDRM yang menghadkan tugasan mereka.Badan lain namapun lain tetapi tidak semestinya tidak boleh bermain dalam satu pasukan? Keselamatan awam dan negara adalah sesuatu yang kritikal, perlukan perhatian, perancangan dan tindakan yang serius.Sekarang bukan lagi terhad kepada penyeludupan dan perdangangan senjata/barangan tetapi sudah serius dalam penyeludupan dan perdangangan orang/manusia.Harap dapat perhatian kerajaan/pemimpin.
DeleteTak usah kita mimpi la hal penyeludupan bahan membahaya seperti senjata api akan selesai selagi ada
ReplyDeletelubang' tak ditutup (atau sengaja tak ditutup/ jaga??).
Tengok sendiri tahap keselamatan negara di Sg Golok orang boleh seberang sempadan macm tu saja...fuhh... Senang senjata api masuk sini. Upahnya lumayan..silap-2 ada polis pun terlibat!
Sebab itu perlukan kaedah yang berkesan untuk menutup lubang-lubang yang bukan lagi tersembunyi, tetapi boleh nampak dengan terang lagi nyata.Kalau wartawan buat liputan boleh rakam lagi episod-episod seram itu...Tak berani nak kata ada polis atau tentera terlibat kerana mereka juga mempunyai etika dan disiplin yang tinggi.Kalau adapun itu mungkin kes terpencil...namun cpj tidak ada data itu.
Delete