
(Dedah Aurat adalah haram di sisi Islam)
GEORGETOWN - 21 wanita rakyat asing adalah antara 105 yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi bersepadu di tiga pusat hiburan di sekitar bandar ini, lewat malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ahmad Bakhtiar Kassim berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi menjalani ujian saringan air kencing. "Wanita warga asing berumur antara 20 dan 30 tahun itu terdiri dari tiga rakyat Vietnam, empat China dan 14 rakyat Indonesia. Mereka yang lain ialah rakyat tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ahmad Bakhtiar yang mengetuai operasi bermula pada pukul 12 tengah malam itu, berkata seramai 50 anggota daripada Balai Polis Sentral di sini menyertai operasi yang berakhir pada pukul 3 pagi itu. Sementara itu, jurucakap polis berkata hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dua wanita rakyat asing dan dua lelaki tempatan positif dadah. Beliau berkata keempat-empat mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala yang lain telah dibebaskan. - BernamaCPJ: Sebagai seorang muslim, elakkanlah mengunjungi pusat hiburan larut malam walaupun dengan niat saja-saja nak memenuhi masa lapang. Tempat begini memang sinonim dengan perjudian, maksiat dan penyalahgunaan dadah, termasuk kegiatan gangsterisme @ kongsi gelap. CPJ mohon D7 di seluruh negara jangan putus-putus dan jangan berputus asa untuk membuat serbuan demi serbuan dengan niat menyelamatkan negara kita menjadi pusat maksiat terbesar di asia tenggara menggantikan thailand dan mengekang generasi muda negara kita terjerumus dengan kegiatan maksiat, perjudian, dadah dan kongsi gelap. Tahniah dan syabas kepada D7.
Berita yang berkaitan;
Mini kasino dalam hutan diserbu lagi

PERIKSA...anggota polis memeriksa mesin judi di premis di kelang.
Berita yang berkaitan;
Mini kasino dalam hutan diserbu lagi
PULAU PINANG - Sebuah pusat judi haram 'ala kasino' di kawasan hutan berdekatan Mount Erskine, Pulau Tikus yang baru sejam beroperasi, tidak bertahan lama apabila diserbu polis malam tadi. Dalam serbuan pukul 7 petang itu, polis menahan 11 'kaki judi' ketika leka berjudi. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim, lokasi sama pernah diserbu awal tahun ini kerana menjalankan pertaruhan haram hingga RM150,000 setiap permainan."Operasi kasino rimba yang dahulu dibina di bawah sebuah kanopi telah ditukar dengan khemah bersaiz lebih kecil. "Para pemainnya adalah orang yang berbeza, manakala kawasan perjudian yang dahulunya didirikan di tengah kawasan terbabit dipindahkan berdekatan kawasan semak samun bagi memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu," katanya di sini hari ini.
Menurut Ahmad Bakhtiar, pihaknya tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerbu lokasi perjudian walaupun cuba dihalang tonto. "Kita terus naik ke kawasan tersebut dan menyerbu tempat itu. Polis percaya ada lebih 25 'kaki judi' sedang leka bermain tetapi hanya 11 berjaya diberkas. "Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan seperti kepingan cip pelbagai warna, wang tunai RM210, tiga biji dadu, dua meja dan 11 kerusi plastik," katanya. Beliau memberitahu, pihaknya masih menyiasat sama ada kawasan tersebut disewa atau dibuka secara haram. Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Operasi kali ini disertai anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, IPD Timur Laut-UM
PERIKSA...anggota polis memeriksa mesin judi di premis di kelang.
KLANG: Serbuan polis ke atas sebuah premis di Bandar Baru Klang, di sini, kelmarin membongkar kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga. Lebih mengejutkan sebuah tandas wanita diubah suai pemilik terbabit untuk dijadikan laluan rahsia bagi memudahkan kaki judi ke bilik menempatkan mesin judi. Kegiatan perjudian itu tumpas dalam serbuan polis dilakukan Unit Risikan Operasi NKRA Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan intipan.Operasi diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil itu turut menumpukan beberapa lagi premis di kawasan berkenaan yang menjalankan operasi mesin judi.Aimy ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu, berkata tandas wanita berkenaan diubah suai sebagai laluan rahsia ke bilik berasingan yang menempatkan 14 mesin judi. “Operasi pada jam 8 malam bersama sepasukan lapan anggota dilakukan selepas seminggu melakukan intipan. Seramai 10 pelanggan lelaki termasuk dua warga Indonesia berusia 22 hingga 55 tahun ditahan ketika bermain judi mesin komputer dan mesin slot judi. “Enam pelanggan ditahan di luar bilik itu, manakala di dalam bilik yang menggunakan tandas sebagai laluan, polis menahan empat lagi pelanggan.HM.


0 comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah memberi komen, cpj sangat-sangat menghargainya.