GEORGETOWN: Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Zahruddin Abdullah berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu. Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya. Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.
"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini. Zahruddin berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini.

Di Ipoh pula, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh teman wanitanya di kediamannya di Panorama Lapangan Perdana pada 31 Dis lepas. S.Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di rumah No 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, antara pukul 7 pagi dan 8 pagi. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada Manoharan dan tertuduh tidak diwakili peguam semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed.
BERNAMA
CPJ: Ketua samseng geng 08 ini bernasib baik kerana mati ditembak polis pada umur 52 tahun merasalah juga dia nikmat dunia, jangan tak tahu bahawa kebanyakan ahli geng samseng ditembak mati pada lingkungan umur 25 tahun.Hidup baru setahun jagung sudah mati betul-betul ataupun hidup tetapi "mati" kerana hidup tanpa kebebasan dikongkong oleh sumpah keahlian samseng, atau hidup tanpa kebebasan kerana diburu polis atau diburu oleh geng lain kerana bergaduh. Ramai pula yang masih hidup dan sudah menyesal tetapi "mati" kerana tidak berjaya keluar dari konkongan geng yang sekiranya dia keluar, dia benar-benar akan mati...Oleh yang demikian, janganlah buat kerja bodoh dengan menjadi ahli geng samseng/kongsi gelap.Jangan sekali-kali terjebak dengan kumpulan-kumpulan seperti ini sama ada anda kanak-kanak, remaja, orang dewasa atau orang tua. Hidup lebih bermakna tanpa jenayah.
Warga emas ni pulak, apasal buat hal...dah dapat makwa muda, cantik pulak tu napa nak bunuh pulak...rugilah pak cik!!!Walaubagaimanapun dia baru dituduh belum lagi didapai bersalah oleh mahkamah. Seseorang itu dikira tidak bersalah sehingga mahkamah dapat membuktikan bahawa dia bersalah tanpa keraguan yang munasabah. Cpj juga adalah seorang Peguam...hehe...

Kapla samseng geng 08, 77 (Dabel 7) DLL geng samseng@penjenayah tu elok la ditembak secepat secepat mungkin ...sebelum depa buat semak dalm negara kita. Ingat depa ada pistol, senjata lain, ramai ahli depa dah kuat sangat ker?
ReplyDelete///
Begitu juga semua yang menyediakan pisau, parang dan lain-lain senjata yg boleh membunuh bertujuan melakukan jenayah. Mereka dah bersedia nak membunuh orang lain. Tak kiralah remaja ke tua ke. Jenayah ni bukan terhada kepada bukan remaja saja. Asal dinamakan makhluk yg dah hilang pedoman. Apa langkah kita (tangungjawab sosial) menyedarkan yang mereka yang masih ada kesempatan untk bertaubat. Ingat hanya Islam ugama yang Allah redhakan untuk rahmat sekelian alam. Yakin dan percayalah.
ReplyDelete