SEREMBAN – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer. Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.
Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar. "Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu,” katanya. Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan. “Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.
"Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini. Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah. “Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.
Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan. Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian. Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan. "Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.
CPJ: Apa faedah mengamuk? Sekadar melepaskan geram, marah dan emosi yang meluap-luap tidak terkawal. Mengamuk tidak menunjukkan kekuatan atau kelebihan sebaliknya menunjukkan kelemahan, kekurangan dan kedangkalan fikiran@kebodohan si pelaku. Amukan yang merosakkan harta benda dan mengancam keselamatan dan nyawa orang lain lebih tidak munasabah dan tergolong dalam tabiat syaitan bukan lagi haiwan, kerana haiwan pun tidak mengamuk sedemikian rupa. Adalah lebih baik perasaan marah , emosi dan tenaga yang meluap-luap itu digunakan untuk menebas/menebang hutan untuk dijadikan kawasan pertanian(kalau dah kuat sangat).Kalau sakat nak pecahkan cermin kereta, budak perempuan berumur tujuh tahun pun boleh! Satu kerja pulak orang yang tidak bersalah terpaksa keluarkan duit, gunakan masa dan tenaga nak pasang semula cermin yang dipecahkan itu. Nampak sangat si pelaku ni pondan gila meroyan.


This is a better-quality article as they all are. I make fun of been wonder wide this an eye to some beat now. Its great to receive this info. You are fair and balanced.
ReplyDeleteBMW M3 AC Compressor
Mmmmm tu bukan peserta demo BERSIH 2.0 kan? Hehehe...tak berlaku keganasan oleh pendemo pun malah mereka pula dikasari pihak berkuasa.
ReplyDeleteAdat la tu ... ketegangan emosi akan menzahirkan suasana tak terkawal lagi... amarah kan ker sifat api...asal usul syaitan iblis. Satu kumpulan ramai-2 tu ikut arahan ikut kepala dia kalau marah mengamuk semua mesti tunjuk kuat aksi masing-2. Kumpulan samseng, kongsi gelap tak kira Melayu atau kaum lain perlu ditarbiyah kasi input ilmu berfaedah, bekalan iman untuk beramal soleh. Atau kalau keadaan tak terkawal lagi & perlu, ada antara mereka tu perlu ditembak mati saja.