BUKIT MERTAJAM - Hasrat lebih 1,000 individu untuk menikmati hasil pelaburan terbantut malah mereka kerugian lebih RM1 juta apabila seorang pengusaha skim cepat kaya yang disertai mereka melarikan diri, baru-baru ini. Semua peserta itu melabur wang tunai melalui skim diberi nama 'Pelaburan Jala Ikan' yang menjanjikan pulangan lumayan RM450 setiap bulan. Bagi menerima bayaran itu, peserta perlu membuat pelaburan tunai RM1,450 dan hasil keuntungan hanya diberi untuk tempoh lapan bulan sahaja. Ketika mereka sepatutnya menerima bayaran itu, pengusaha terbabit menghilangkan diri yang menyebabkan peserta pelaburan itu baru sedar yang mereka telah menjadi mangsa penipuan.
Salah seorang mangsa skim itu, N. Rajendaran, 51, daripada Taman Selasih, Kulim berkata, dia setuju menyertai skim itu dengan pelaburan sebanyak RM13,050 pada 30 November lalu. "Saya diberi pelbagai janji manis supaya menyertai skim itu. Akhirnya saya buat pelaburan sebanyak itu dengan harapan mendapat keuntungan lebih besar," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dia antara empat daripada 1,000 orang yang membuat laporan polis setelah menjadi mangsa penipuan skim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) semalam. Skim itu mula diperkenalkan di sini bulan Februari tahun lepas dan disertai oleh ramai kakitangan kerajaan dan syarikat swasta. Rajendran berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak itu kepada seorang wanita yang dikatakan menjadi kerani pada skim pelaburan tersebut.
"Sepatutnya saya menerima wang keuntungan itu pada masa yang ditetapkan malangnya, pengusaha berkenaan telah pun menghilangkan diri," katanya sedih. Seorang lagi mangsa dikenali sebagai, Selvam, 42, dari Taman Kota Permai, Bukit Mertajam berkata, dia sedih kerana membuat pelaburan melebihi RM50,000 setelah membuat pinjaman dari sebuah bank tempatan. "Saya sanggup buat pinjaman dari bank itu kerana pihak pengusahanya menyediakan dokumen perjanjian lengkap. "Saya alami kerugian besar dan kena bayar balik pinjaman kepada bank selama 15 tahun," katanya. Menurut Selvam, pengusaha lelaki terbabit sanggup datang ke rumahnya pada awal bulan November lalu dan menegaskan pelaburan diperkenalkan itu adalah yang terbaik untuk masyarakat India di negeri ini.
Seorang pelabur termuda dalam skim itu, Ang Seew Keing, 23, dari Kubang Semang pula berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak RM20,300 kepada wanita berkenaan sebelum ia menyerahkan kepada pengusaha skim tersebut. "Saya hanya sempat melabur RM20,300 sahaja dalam skim itu dan sebanyak RM10,300 telah dapat semula dan sehingga ini bakinya RM9,000 dilarikan oleh lelaki itu," katanya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah, Asisten Komisioner Ridzuan Nor Ihsanketika dihubungi berkata, pihaknya menerima empat aduan daripada beberapa mangsa pelabur skim itu di negeri ini. "Polis akan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan tersebut," katanya.
SUMBER
CPJ : "Orang kita mudah lupa" atau orang kita tidak mahu mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku sebelum, atau orang kita mudah di "gula-gula"kan dengan janji-janji manis, atau orang kita mudah gelap mata dan gelap hati bila nampak bayangan duit, duit, duit dan duit, atau orang kita mudah diperdaya dan di tipu, atau orang kita berminda kurang rasional, atau tak tahulah apa yang tak kena dengan orang kita yang ingin cepat kaya dengan cara mudah tanpa bekerja kuat untuk mendapat keuntungan. Selagi ada orang kita yang seperti ini, selagi itulah penipu yang lebih cerdik akan menggunakan orang kita yang...untuk kepentingan diri atau menjadikan diri cepat kaya dengan cara haram. Tepatlah nama diberi, yang menjala mendapat laba besar, tapi yang ramai-ramai tu semua dah kena jala!

Tak usah caya skim ambik duit ni @deposit ...memang terdedah kepada bahaya duit pelaburan akan lesap atau tak balik modal pun...Modal ke mana, semua lebuh, hangus!
ReplyDeleteBaik masuk dinar emas, atau, skim takaful simpan pelan-2 lama-2 contoh 20 tahun...insyaAllah lebih banyak daripada simpan kat bank biasa.