KUANTAN: Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman. Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan. "Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah. "Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.
Beliau berkata, Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri. "Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri. "Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam," katanya. Mengenai bai'ah, Abdul Rahman berkata, ia adalah satu pengakuan taat setia yang dibuat dan sekiranya seseorang itu melanggar perjanjian tersebut maka orang berkenaan kelak akan menerima balasan atau musibah. "Pengakuan bai'ah juga tidak boleh timbul dalam bentuk paksaan dan sekiranya berlaku perjanjian yang berbentuk paksaan maka perjanjian taat setia atau bai'ah itu terbatal," katanya. - BERNAMA@BH
CPJ: Memilih pemimpin adalah wajib bagi setiap muslim, oleh sebab itu mengundi dalam pilihan raya itu adalah wajib. Namun begitu malang sekali apabila generasi muda kita masih ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi. Kempen daftar pengundi mesti diperhebatkan supaya remaja yang layak mengundi sedar peranan dan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin dan kerajaan.


Salam perkenalan cikgu,
ReplyDeleteMohon bertukar-tukar link...
http://shalehudin.blogspot.com/
Salam tuan,
ReplyDeletePak Long pun teringin nak bertukaq tukaq link gak...
http://paklongonline.blogspot.com/
Salam,
ReplyDeleteMaaf kalau jahil kata2 ini, jika mengundi adalah tiket untuk menyelesaikan kemelut mencari pemimpin terbilang tidak mengapa...... bagaimana jika mengundi itu terbentuknya pemimpin yg zalim dan tidak bertamadun. jika dilihat pada zaman rasulullah melalui majlis syura pemimpin dpt dibentuk itupun bila pemimpin tersebut adalah ilmuan, hafiz, dan adil. Apa yg kita dapat pemimpin yg dayus, konvensional dll ......
ReplyDeletearrayah.info : Benarkah Mengundi Itu Wajib di dalam Sistem Pemerintahan Sekular Demokrasi?