
gambar hiasan drpd google
IPOH: Gara-gara hutang RM500 yang belum langsai, seorang kontraktor cacat seumur hidup apabila tangan kirinya putus ditetak selain kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat diserang lima lelaki menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Silibin, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, berada di rumahnya di Pangsapuri First Garden apabila lima lelaki menaiki sebuah kereta menyerbu dan menyerangnya menggunakan senjata tajam. Difahamkan mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pernah diberi amaran oleh individu tertentu supaya membayar hutang RM500 tetapi dia merayu diberikan masa.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata polis menahan seorang daripada suspek berusia 40-an beberapa jam selepas kejadian dan kini direman tujuh hari. "Siasatan awal polis mempercayai kejadian berpunca daripada masalah dadah. Siasatan turut mendapati kedua-dua mangsa dan suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Polis juga sedang mengenal pasti dan mengesan beberapa individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Susilawaty berkata dia terkejut apabila mengetahui keadaan suaminya. Beliau yang kurang sihat memaklumkan, seminggu sebelum kejadian beberapa individu berkunjung ke rumahnya untuk mengutip hutang namun suaminya merayu supaya diberikan tempoh memandangkan pendapatan suaminya sebagai kontraktor kecil-kecilan tidak menentu. “Kami sekeluarga bergantung kepada suami untuk menampung keperluan keluarga jadi apabila insiden ini berlaku pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami sekeluaga,” kata ibu lima anak itu ketika ditemui di HRPB, semalam.
CPJ: Manusia kini sudah hilang pedoman, agama hanya pada nama sahaja. Tuhan tidak bermakna apa-apa. Semua anugerah Tuhan kepada manusia yang asalnya tidak ternilai harganya sudah jadi tidak bernilai lagi. Bayangkan berpunca hanya hutang RM 500, manusia boleh ambil tindakan sedemikian rupa. Rendah sungguh akhlak manusia kini. Semuanya ada kaitan dengan najis dadah dan bahan-bahan memabuk dan menghayal yang Tuhan haramkan, tetapi yang najis dan haram itu sudah menjadi santapan biasa harian. Manusia kini sudah kembali ke zaman jahilliah. Kalau tidak dihidupkan semula dakwah seperti yang dilaksanakan Rasulullah S.A.W, dunia ini tidak akan makmur dan sejahtera lagi...


nyawa manusia sekarang mcm da xde nilai...sepatutnye nyawa tak ternilai...
ReplyDeleteYa... dia mungkin berhutang 5 kupang (50 sen) lalu datang pemiutang atau wakil pemiutang dengan 10 kawannya mintak bayar hutang 5 kupang tu, malangnya dia tak punya duit masa tu. Dia diugut, dikutuk, dimaki hamun hingga maruah diri & keluarga semua terpalit. Dia mintak tempoh lagi malangnya pemiutang tak mahu alasan tu. Mereka sudah membuat keputusan muktamad. Darah mesti ditumpahkan. Keadaan makin panas lalu darah sudah mendidih & hati mereka sudah pun dirasuk puaka. Bertumbuk, berkejaran mereka mengerjakan seorang yang sekian lama dilanda nasib malang. Ibarat sudah jatih ditimpa tangga. Bertimpa-timpa bala ujian kepadanya.
ReplyDeletePutus sudah kasih sayang sesama insan. Undang-undang rimba juga dirujuk. Yang kuat akan menang. yang kalah perlu kalah & mati di tangan yg kuat.