Juruhebah IKIMfm Abdul Razak Arbain meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi tadi. Kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM. Abdul Razak, 46 memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIMfm sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya 'Dini Hari' yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, jam 2 hingga 6 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.Bernama
Pemandu lori ditemui mati ditikam di PJ
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah rumah pangsa di PJS 1/52, Petaling Jaya, pada 3 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata lelaki berusia 35 tahun itu mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. "Mangsa dipercayai diserang beberapa lelaki ketika hujan lebat awal pagi ini. Mangsa ditemui mati di depan rumah jiran sebelah. "Ketika cedera, isteri mangsa yang terkejut cuba meminta pertolongan. Namun suaminya gagal diselamatkan," katanya kepada Bernama.
Mayat bayi bertali pusat ditemui dalam tandas hospital
BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini hari ini. Mayat bayi perempuan itu ditemui di atas lantai oleh seorang tukang cuci yang hendak mencuci tandas berkenaan pada jam 12.30 tengah hari. Pencuci tandas berkenaan memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada jururawat hospital sebelum memanggil doktor untuk memeriksa bayi berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Berdasarkan siasatan awal, ada saksi terlihat seorang wanita keluar dari tandas wad berkenaan dalam keadaan pucat dan letih pada jam 7.30 pagi," katanya. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.Bernama
CPJ: Alfatihah untuk mereka bertiga.Kepada ahli keluarga yang terlibat, harap banyak bersabar dan dapat menerima ketentuan Ilahi.


Dari tiga kisah tadi, kisah ketiga melambangkan kehancuran sistem nilai dan hubungan manusia di alam konteks Islam.zina dan bunuh sekali gus terangkum.Salam takziah kepada keluarga DJ IKIM, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
ReplyDeleteUmat Islam kini tidak lagi melaksanakan amanah Allah supaya menjaga agama, nyawa,keturunan, maruah dan harta benda....Ya semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Amiin...
ReplyDeleteMungkin bayi tu anak mangsa rogol , kut? Dia malu, fobia, trauma, stres, panik, tak tau nak buat apa.
ReplyDeleteSaja bersangka baik. ;)
Kondom depa pakai kat jari, kut? mmmM..entah apa la sebab 'terbabas' ni, yer?