KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran ‘Ustaz Youtube’ itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam. Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan. Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu.
“Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya,” katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok. Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini. Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung. Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu.
“Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan,” katanya. Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang. Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu. “Ini kali ketiga saya berdepan dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan,” katanya - SH


Bukan ustaz you tube...ustaz yg selalu maki caci org....
ReplyDeleteKalau benar bagai yang dikata, cpj ingin tahu siapakah yang dicaci itu? dan apa isunya?
DeleteAnonymous 3.34.
Deleteyg brsalah kena maki tu..tkkn nk maki kambing pulak..krna kambing xprnh buat salah..
kalau x maki...puak puak 2 x sedo diri....nama cikjgu tapi banganggggg tahap kambing
DeleteSalam semua, kalau komen untuk lepaskan emosi hanya untuk diri sendiri, tetapi tidak dapat percambahan minda di sini.Apapun anda bebas buat komen, cpj tidak akan delete sebab secara umumnya pembaca boleh menilai yang mana betul dan yang mana salah.
Deletebetul kata cikgu, komen tu kalo boleh biarlah kita berada di landasan ilmu
ReplyDeleteinilah orang kita...bila kena tegur dfn uztad kita melenting. .kan uztad menegur kita ke jalan yg benar..buka minda jgn ikut emosi sesunggihnya kita sekarang byk menghalalkan benda yg haram..fikir2kn lah
ReplyDelete