JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin. Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.
Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang. Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang. “Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.
“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami. “Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya. Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab. “Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami. “Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.
Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca. Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca. “Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya. Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai - HM
CPJ: Masyarakat kita memang benar-benar sudah gawat. Bagaimana perkara sebegini dasyat boleh berlaku?Perkara seperti ini jarang-jarang sekali berlaku dalam tempoh 10 atau 20 tahun dulu. Kini peristiwa yang berupa jenayah kejam yang melibatkan ahli keluarga sendiri sering dilaporkan berlaku.Datuk rogol cucu, bapak rogol anak, anak pukul bapak, bapak bunuh anak, anak bunuh mak, suami bunuh isteri, isteri...MasyaAllah, apa sudah berlaku ini...Mengapa jadi begini. Mungkin benarlah bahawa tentera-tentera dajal sudah mula membuat serangan yang bertubi-tubi...dajal bakal muncul menunjukkan diri...apakah kita harus berdiam diri sambil menunggu kedatangan Imam Mahadi?

mmm.... kalaulah boleh kerajaan wajibkan semua orang kat M'sia ni termasuk pendatang asing pergi periksa mental mereka setahun 1x untuk pengesahan mereka waras & selamat. Ramai sangat dah boleh kawal nafsu amarah, nafsu syahwat DLL nafsu yang bersarang dalam jiwa hingga mereka jadi gila dalam sekelip mata saja. Sampai tahap membunuh orang tersayang..apa punya ba****g...arghhh!!! Allah lindungi kami yaa Allah!
ReplyDeleteanak dari ibubapa...kalau ibubapa tak tau agama anak lagi dasyat jadinya...rakyat Malaysia dah jadi macam ini...alfatihah untuknya
ReplyDelete