Mohd Adnan berkata dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand. "Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok," katanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya. Mohd Adnan berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. -- Bernama


CPJ: Syukur Alhamdulillah...entah kenapa, awal tahun 2012 ini banyak betul berlaku kes jenayah dan penculikan yang melibatkan kanak-kanak dan gadis. Marilah sama-sama kita meningkatkan keperihatinan kita terhadap keselamatan walau di mana sahaja kita berada. Keselamatan masa kini adalah suatu yang kritikal.Ambil semua langkah-langkah keselamatan sebagai satu usaha dan sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Semoga Allah menyelamatkan orang-orang yang berserah diri kepada-Nya.