SEPANG - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pencarian MH370 menjadi fokus utama dan mendahului isu lain.



Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.


"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi,"


"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.


Menurutnya lagi, pihaknya masih tidak mendapat sebarang pengesahan dari Vietnam berhubung tompokan minyak yang berada di atas permukaan perairan Laut China Selatan.


Dalam pada itu, Ketua Crisis Communication Centre (CCC), V Mano mengalu-alukan pihak media untuk menghantar sebarang bentuk soalan melalui mano@mot.gov.my.


"Laman web ini diwujudkan untuk memastikan maklumat mengenai pesawat MH370 dapat disalurkan dengan tepat dan betul," katanya.


Tambahnya, soalan-soalan yang diterima dari akaun emel terbabit akan dikumpulkan dan dijawab dalam sidang media akan datang.


Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang daripada radar selepas berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi.


Pesawat itu dijadualkan mendarat pada 6.30 keesokan paginya di Lapangan Terbang Beijing namun pesawat tersebut tidak mendarat dan gagal dikesan.PK

CPJ: Pening!Orang awam pun tak boleh terima dalam dunia yang sangat canggih sekarang...